š—£š—„š—¢š—šš—„š—”š—  š—Ÿš—œš—•š—”š—§ š—Øš—„š—Øš—¦ š—•š—˜š—„š—¦š—”š— š—” š—£š—˜š—”š—”š—”š—”š—  š——š—Øš—„š—œš—”š—” š—•š—˜š—„š—”š—”š—  š—©š—”š—Ÿš—Ÿš—˜š—¬

17 Oktober 2025 | Jumaat | Slim River

Pada hari ini YBrs. Encik Abdul Rashid Bin Bahri, Ketua Pengarah FAMA telah mengadakan Sesi Pemerhatian Lapangan dan Libat Urus Industri Durian bersama Persatuan Penanam Durian Bernam Valley .

Satu inisiatif penting ke arah memperkukuh rantaian nilai dan pasaran durian tempatan. Bernam Valley di Slim River, Daerah Muallim kini muncul sebagai kawasan berpotensi tinggi dalam pengeluaran durian premium seperti Musang King, Duri Hitam dan Udang Merah.
Dengan agroekologi yang sesuai serta keaktifan penanam tempatan, kawasan ini berpotensi menjadi hab pemasaran dan pemprosesan durian utama di negeri Perak.
Fakta menarik industri durian (2024):
  • Nilai pengeluaran durian Perak – RM462.28 juta
  • Keluasan tanaman durian Malaysia – 94,800 hektar
  • Nilai jualan keseluruhan – RM11.75 bilion
  • Nilai eksport durian Malaysia – RM1.176 bilion (disasar RM1.8 bilion menjelang 2030)
Dengan Protokol Eksport Durian Segar Malaysia-China yang telah dimeterai, peluang pasaran semakin terbuka luas.

FAMA yakin Bernam Valley mampu menjadi pembekal utama durian segar dan sejuk beku ke pasaran antarabangsa. Hadir sama Dr. Raja Mohamad Azim Bin Raja Haron, Pengerusi persatuan penanam durian Bernam valley; Dato’ Samsudin Bin Yasir, Ahli persatuan penanam durian Bernam valley; YBrs. Puan Azleena binti Zainal Abidin, Pengarah FAMA Negeri Perak;
YBrs. En. Mohamad Paisal bin Amri, Pengarah Kanan Bahagian Maklumat Pasaran.

sumber dari FAMA Negeri PERAK-page
https://www.facebook.com/share/p/1BKH4fDbRZ/

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *